Khamis, 25 November 2010

Tugasan

Pemilihan video

Menggunakan video untuk pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair:.

Dalam video yang telah dipilih ini dapat menunjukkan bagaimana cara untuk menyukat isipadu cecair. ianya menunjukkan bagaimana air yang diletakkan di dalam silinder penyukat ditambah sedikit demi sedikit untuk memastikan cukup dengan jumlah isipadu yang ingin diletakkan iaitu sebanyak 600 ml.   Video ini boleh digunakan untuk membuat set induksi bagi mengajar isipadu cecair yang melibatkan dengan menyukat unit standard isipadu cecair.

Ianya dapat menarik minat murid-murid untuk memahami bagaimana cara yang betul untuk menyukat jumlah isipadu.  Guru boleh menjadi penunjukcara untuk memeperjelaskan kepada murid tentang konsep penggiraan di dalam mencari isipadu cecair yang hanya melibatkan liter dan milimeter.  Murid-murid perlu di dedahkan tentang pertukaran unit serta unit yang dapat digunakan semasa menyukat isipadu cecair.








Pengenalan
Di dalam mempelajari matematik, terdapat berbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menarik minat murid terutamanya bagi murid-murid tahun dua.  Di dalam kehidupan ini seharian ini banyak melibatkan penggunaan pengiraan matematik secara tidak langsung tanpa kita sedari.  Pengukuran merupakan salah satu topik yang luas di dalam KBSR. setiap aktiviti yang kita lakukan mempunyai kaitan dengan aktiviti ukuran atau sukatan.  terdapat banyak konsep dan prosedur untuk kedua-duanya di dalam sukatan untuk tajuk penomboran.  Pengukuran ini merupakan satu  cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam setiap peringkat matematik untuk KBSR.
Di dalam topik isipadu cecair ini dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu
    1. Isi kandungan, yang dapat dipecahkan kepada 3 iaitu:
Ø  Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair
Ø  Tersalah konsep
Ø  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
    2. Langkah-langkah bagi perkembagan konsep ,dan
    3. Kemahiran-kemahiran yang perlu di ajar di dalam matematik iaitu :
  • Membandingkan isipadu cecair
  • Menyukat isipadu cecair menggunakan unit non standard
  • Menyukat isipadu cecair menggunakan ukuran standard
  • Menggunakan perkiraan yang betul untuk isipadu cecair       
Langkah-langkah pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilakukan dengan dua cara iaitu yang pertama dengan cara mengukur isipadu menggunakan non standard unit untuk membuat perbandingan diantara kapasiti isipadu cecair.  Setiap orang murid perlu mengetahui istilah penuh, separuh dan kosong mengira isipadu yang sebenar. 
Bagi aktiviti ini memerlukan beberapa bekas yang sama saiz tetapi mempunyai berbagai bentuk yang berbeza seperti gelas, mangkuk, cawan dan sebagainya.  Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid diperkenalkan konsep oleh guru dan murid melakukannya sendiri di dalam kumpulan.   
Aktiviti 1:
Hasil Pembelajaran :   Untuk memudahkan perbandingan kapasiti / Isi.
Alatan yang digunakan ialah :
3 botol minuman   yang sama saiz.
3 mangkuk yang sama saiz.
3 gelas minuman yang sama saiz
1 jag air yang sama besar.


  

Langkah pengajaran :
1.  Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair.
Di dalam perkara asas untuk mengajar tentang isipadu cecair terutamanya kepada murid-murid yang lemah mestilah perlu mengetahui tentang apa yang hendak diukur  atau perlu disukat.  di dalam konsep ini perlu diperkenalkan tiga perkara yang asas yang perlu murid tahu iaitu dalam keadaan penuh (full) , separuh (half full) dan kosong (empty)
2.  Murid perlu memahami keadaan di mana keadaan bagi keadaan penuh (full) sesuatu isipadu cecair.  Guru perlu menunjukkan contoh kepada murid-murid keadaan penuh yang dimaksudkan itu seperti gambar yang dibawah ini. Pastikan guru menggunakan tiga botol yang sama saiz bagi menjelaskan perbezaan di antara ketiga-tiga keadaan yang berbeza. Murid-murid diminta mengisi air berwarna untuk menampakkan keadaan sebenar kedudukan air tersebut. Guru membuat tunjuk cara dan meminta murid melakukan aktiviti tersebut dengan sendiri.  Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan .



Guru juga memperkenalkan kepada murid tentang keadaan separuh (half full).  Dengan menggunakan air yang berwarna, aktiviti ini dapat dilakukan dengan lebih jelas. Konsep ini perlu diperjelaskan untuk mencari isipadu cecair sebelum menggunakan unit.  Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kumpulan ataupun dengan tunjukcara oleh guru.

 Untuk yang terakhir, pastikan botol yang ketiga itu tidak diisi dengan cecair berwarna.  Guru menjelaskan kepada murid ini adalah kosong( empty)  kerana tidak mempunyai sebarang cecair di dalamnya.

Ulangi lagi dengan menggunakan bekas yang lain yang telah disediakan. Dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid , guru perlu menerangkan tentang konsep iaitu penuh, separuh dan kosong untuk pemahaman murid-murid.

 Aktiviti 2
Hasil Pembelajaran : Untuk menganggarkan jumlah dengan baldi menggunakan non standard unit.
Alatan yang digunakan :  Besin kecil, satu baldi besar , gelas.
Langkah pengajaran


  1. Di dalam kelas, pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil  untuk memudahan melakukan aktiviti.
  2. Lantik seorang murid sebagai seorang ketua kumpulan untuk melancarkan aktiviti yang dijalankan.
  3. Setiap kumpulan diberikan satu baldi yang besar , gelas dan juga besin.











  1. Setiap kumpulan perlu mengisi jadual yang diberikan. Anggaran mesti dilakukan oleh murid untuk memenuhi baldi itu dengan mengisi air.






  1. Murid mengisi air ke dalam baldi dengan mnggunakan gelas/ botol.
  1. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan besin ataupun gelas.
  2. Setiap kumpulan perlu mencatatkan keputusan didalam jadual yang telah diberikan oleh guru.

Container
botol
gelas
besin
Estimate



Measurement




  1. Murid menulis jawapan yang sebenar.
  2. Setiap kumpulan membuat perbincangan mengenai ketiga-tiga bekas yang telah dibuat itu, yang manakah dapat mengisi dengan lebih banyak.
  3. Ketua kumpulan akan menjelaskan kepada kelas setiap aktiviti yang dilakukan oleh mereka dengan pemerhatian guru.

    1. Menyukat dengan unit standard isipadu cecair.

Aktiviti 1

Hasil Pembelajaran : menyukat isipadu cecair dalam unit liter.

Alatan yang digunakan ialah silinder penyukat , jag air, bekas

Langkah pengajaran :

Murid dibahagaikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan melakukan aktiviti ini.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan silinder penyukat dan bekas-bekas yang lain. Air yang digunakan diletakkan pewarna untuk memudahkan murid melakukan aktiviti dan dapat membaca bacaan dengan lebih jelas dan tepat.

Guru  memperkenalkan murid dengan sukatan isipadu cecair iaitu liter.  Satu liter bersamaan dengan seribu milliliter.

1       liter  =  1000  mililiter



 Guru menyukat isipadu cecair berwarna sebanyak satu liter ke dalam silinder penyukat.  Murid diberi penjelasan bagaimana untuk melihat dan membaca data. Kedudukan aras mata perlu ditekankan.  Satu liter air ini mempunyai 1000 mililiter air. Konsep mengukur menggunakan unit di ajar oleh guru.
Air yang telah disukat ini diletakkan ke dalam jag. Ini untuk menunjukkan kuantiti air di dalam jug tersebut. Guru perlu menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep ini agar murid dapat memahami dengan lebih terperinci.  Di tahun 2 ini, konsep menyukat menggunakan ukuran standard ini mula diperkenalkan.
 

 Murid  dapat melihat dan membuat kesimpulan bahawa cecair berwarna ini mempunyai jumlah kuantiti air sebanyak satu liter. Ulangi lagi dengan bekas yang lain.

 
Gunakan bekas yang lebih besar, seperti contoh diatas .Murid dapat membayangkan sejumlah isipadu air yang dimasukkan adalah sebanyak tiga liter untuk memenuhkan bekas tersebut.

Ulangi aktiviti tersebut dengan bekas yang lain, bekas yang lebih besar untuk menetukan jumlah isipadu cecair yang dapat dimuatkan didalamnya.  Semasa aktiviti ini dijalankan , guru mestilah sentiasa memantau murid-murid menyukat dan memastikan bacaaan yang dilihat pada selinder penyukat ini adalah betul dan tepat.  Penekanan perlu dilakukan untuk memastikan murid memahami konsep tentang isispadu cecair ini.
Guru perlu mengawasi aktiviti murid dan memastikan setiap orang murid mengambil bahagian dan dapat membaca bacaan dengan betul. Murid akan merasa satu keseronokan kerana dapat melakukan aktiviti dengan sendiri.
Penutup
Dalam mengajar tajuk isipadu cecair ini memerlukan satu pengukuran dengan menggunakan sesuatu unit atau bekas .  Di dalam sukatan matematik tahun dua ini didedahkan tentang membandingkan isipadu cecair, menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit non standard, menyukat isipadu cecair dengan menggunakan ukuran standard serta menggunakan istilah yang betul untuk isipadu cecair.  Ianya hanya memperkenalkan unit satu liter yang bersamaan dengan seribu millimeter dan membandingkan di dalam kuantiti yang berbeza.  Setiap kaedah pengajaran ini setiap orang guru mestilah sentiasa memastikan setiap konsep yang diajar dapat difahami oleh setiap murid dan murid itu dapat menguasainya dengan baik.  Setiap pengukuran yang dilakukan itu mempunyai hubungan dengan mengajar konsep nombor. Di dalam kehidupan seharian dan untuk menyelesaiakan masalah , pemgukuran ini merupakan satu kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam setiap peringkat matematik KBSR.





 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan